SELAMAT DATANG 
KE 
BLOG KEMAHIRAN BELAJAR IPGKTAA


Pengurusan Grafik (PG) merupakan alat berfikir yang digunakan untuk menterjemahkan perkara yang sedang difikirkan di dalam minda supaya proses berfikir dapat dilihat secara eksplisit.

Tujuan penggunaan PG adalah seperti yang berikut:
a) Merancang dan menyusun idea
b) Memahami proses pemikiran
c) Meningkatkan daya ingatan
d) Melahirkan sesuatu yang tersirat dalam bentuk tersurat

Jenis-jenis pengurusan grafik yang kerap digunakan untuk menyokong dan menyusun corak pemikiran kita adalah seperti yang berikut:

a) Pengurusan grafik secara analitis:
i)   Membanding dan membeza
ii)  Meneliti bahagian dan keseluruhan
iii) Mengkelas dan mengkategori
iv) Membuat urutan
v)  Menerangkan sebab
vi) Mengusul periksa andaian

b) Pengurusan grafik secara kritis:
i)   Menilai ketepatan pemerhatian
ii)  Menilai kebolehpercayaan maklumat
iii) Membuat inferens
iv) Membuat ramalan
v)  Membuat deduksi
vi) Membuat generalisasi

c) Pengrusan grafik secara kreatif:
i)   Menjana idea baharu
ii)  Kepelbagaian idea
iii) Pertambahan idea
iv) Memperincikan idea
v)  Mencipta analogi
vi) Mencipta metafora

d) Pengurusan grafik yang menggabungkan proses berfikir secara kritis, analitis dan kreatif adalah untuk: 
i)  Menyelesaikan masalah
ii) Membuat keputusan

Faedah-faedah menggunakan pengurusan grafik.
i)  Merancang dan menyusun idea untuk persembahan aktiviti pembelajaran sama ada secara lisan ataupun secara bertulis
ii) Menterjemahkan pemikiran di dalam minda kepada bentuk yang nyata/konkrit supaya kita lebih fokus kepada perkara yang sedang difikirkan
iii) Memahami proses pemikiran kendiri


  





Comments